Thursday

Resepi Sardin Roll

Sardin roll enak dinikmati ketika sarapan pagi atau minum petang, Ini dia resepi sardin roll:



Bahan-bahan untuk 12 keping:

Bahan A:
1 tin kecil sardin (+-150g)
5 tangkai lada kecil (ditumbuk, lebihkan jika mahu lebih pedas)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang merah (ditumbuk)
1/2 inci asam keping
3 sudu minyak masak
Garam

Bahan B:
12 keping roti putih
3/4 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
secubit garam
6 sudu air

Cara-caranya:


Panaskan 3 sudu minyak. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk. Masukkan sardin dan asam keping, kacau sardin sambil dihancur-hancurkan sehingga kering (jangan terlalu kering). Tutup api dan perisakan dengan garam. Keluarkan asam keping. Ketepikan.

Bancuh tepung jagung dengan 6 sudu air. Masukkan telur dan secubit garam. Kacau sebati.

Ambil roti putih kemudian digelek menggunakan gelas sehingga menjadi nipis. Gelek kesemua 12 keping roti. Letak sardin di atas roti, kemudian gulung. Siapkan kesemua 12 keping.

Panaskan minyak. Ambil roti dan celup di dalam bancuhan tepung kemudian goreng. Goreng sehingga kekuning-kuningan. Sardin roll sedia untuk dimakan!


No comments:

Post a comment