Monday

Cara Menjahit Baju Kurung - Part 1

Cara menjahit baju kurung - Part 1: Cara mengambil ukuran menggunakan baju contoh


Cara Mengambil Ukuran Baju kurung Menggunakan Baju Contoh

Ambil sehelai baju kurung yang ukurannya paling padan dengan anda. Kemudian anda bolehlah mengambil ukuran baju kurung tersebut. Ditunjukkan di dalam gambar di atas poin-poin berwarna merah jambu di mana ukuran perlu diambil:

A-B = Lebar bahu, ukur lurus di bawah lubang leher
D-J = Labuh baju
C-D = Labuh lengan
D-E = Lebar lengan
G-F = Lebar kekek
F-E = Lebar pesak atas
H-J = Lebar pesak bawah

Tambah lagi dua: Ukur juga bulatan keliling leher baju dan labuh leher baju.

P/S: Ini cara saya menjahit baju kurung, kepada sesiapa yang ada cara lebih baik, silalah kongsikan.


Boleh download PERCUMA panduan lengkap Cara Jahit Baju Kurung Tradisional di link ini (Untuk tempoh terhad sahaja): http://www.panduanbajukurung.com/DowloadEbookBajuKurungTradisionalSecaraPercuma.html

Dapatkan juga panduan lengkap Cara Menjahit Baju Kurung Moden, Kurung Riau/ Pahang, Pelbagai Jubah (A cut, moden, Peplum, Princess, Empire) dan Baju Melayu di link tersebut. 


>>>Kelas Jahitan/ Kursus Menjahit Di Kuala Lumpur<<<

3 comments:

  1. macam mana nk ukur bulatan leher dan lubang leher baju tu...tq

    ReplyDelete
  2. utk ukur bulatan leher, guna pita pengukur dan ukur betul2 panjang bulatan lubang leher..

    ReplyDelete