Tak Jumpa Apa Yang Dicari? Google Semula Di Sini:

Tuesday

Cara Menjahit Lubang Leher Baju Kurung - Leher Teluk Belanga

Belajar Cara Menjahit Lubang Leher Teluk Belanga.

Langkah 1: Melukis Pola Leher

Rajah 1
Ambil sekeping kertas A4 dan lipat kepada dua bahagian dan bolehlah melukis pola leher bulan. Garisan biru di bahagian bawah di dalam gambar di atas adalah bahagian lipatan kertas.

Ukuran:

A-B = belakang leher = 2.5cm (semua saiz leher menggunakan formula ini)
C-D = hadapan leher = 1.5cm (semua saiz leher menggunakan formula ini)
B-C = Saiz leher dibahagi 6. Contoh: keliling leher yang dikehendaki adalah 48. Jadi B-C = 48/6 = 8cm
D-E = B-C = 8cm

Inilah hasilnya:


Kemudian gunting bahagian tepi pola di bahagian berwarna ungu seperti dalam Rajah 1. Akan dapat macam ni:


Buka lipatan kertas dan inilah hasilnya:


Sambung garisan di sebelah kanan ke sebelah kiri dan buat garisan menegak di tengah-tengah seperti di dalam gambar di bawah. Kemudian tampal di atas kertas keras atau kad manila. Gunting bagi cantik dan sama. Jadi, di lain kali, bolehlah menggunakan pola yang sama untuk saiz leher yang sama. Tak perlu lukis pola banyak kali.


Gunting kain gam dan lebihan kain. Perlu lebihkan di bahagian tepi dalam 1.5 inci, jadi potong besar macam gambar di bawah.

Kain gam boleh dibeli di kedai alatan menjahit. Harganya biasa RM1.50 untuk semeter.

Temukan bahagian kain gam yang berkilat dengan bahagian luar kain, kemudian gosok. Kain gam dan kain akan melekat. Ini gambar kain gam dan kain yang sudah dipotong dan digosok:


Ambil pola dan letak di atas kain, macam dalam gambar di bawah. Kemudian lukis dengan pen ikut bulatan pola tersebut.

Buat garisan lurus di bahagian kanan, kiri, atas dan bawah yang selari dengan garisan yang ada pada pola. Macam dalam gambar dibawah.

Kemudian buat garisan labuh leher di bahagian bawah, kebiasaannya 10 inci. Lepas tu buat garisan di kedua-dua belah garisan labuh leher dan dihujungnya lukis bentuk 'V' macam dalam gambar di bawah. Klik gambar untuk lebih jelas ataupun 'save' gambar ni dalam komputer, lepas tu bolehlah besarkan atau kecilkan sesuka hati :-)):


Lipat kain yang sudah siap dilukis kepada dua bahagian dan pinkan, kemudian gunting ikut bentuk yang dilukis dengan melebihkan 1.5 inci di sekeliling. Ini gambar kain yang sudah digunting di sekelilingnya:



Buka lipatan kain dan inilah hasilnya:





Tak sempat dah...insyaAllah...akan bersambung kemudian :-))

2 comments:

  1. salam akak. nk tnya sikit. selalunya untuk baju yg dibeli dikedai, berapakah saiz B-C? adakah 8 cm adalah saiz standard untuk perempuan melayu?

    ReplyDelete
  2. satu lagi soalan sy. sy telah membuat garisan seperti yg puan ajarkan. tetapi bagaimana sy hendak melukis bulatan pola yg tepat seperti yg puan buat dalam gambar diatas?

    ReplyDelete