Tak Jumpa Apa Yang Dicari? Google Semula Di Sini:

Thursday

Cara Menjahit Baju Kurung - Part 4

Cara Menjahit Baju Kurung Tradisional - Part 4: Cara Menjahit Kain Yang Sudah Dipotong

Langkah 1: Menyambung kekek dan pesak


 Ok. Rujuk garisan merah pada bahagian A dan B. Sambung pesak dan kekek dengan menjahit pada bahagian tersebut. Mula dari hujung pesak. Jangan jahit kekek sehingga ke hujung, tinggalkan 1/2 inci. Poin kuning yang ditandakan pada kekek menunjukkan di mana anda perlu matikan jahitan.

Kemudian sambung kekek yang sudah disambung dengan pesak dengan sebelah lagi pesak. Sambung pesak dan kekek dengan menjahit di bahagian bertanda biru. Temukan dengan poin kuning di antara jahitan merah dan biru yang ditandakan di B. Cuba belek baju kurung anda untuk lebih faham.


Langkah 2: Menyambung Lengan

Lengan perlu disambung dengan pesak dan kekek yang sudah dijahit terlebih dahulu. Lihat garisan hijau di dalam gambar. Mulakan jahitan dari hujung dengan menyambungkan lengan dan pesak. Jahit hingga ke poin kuning seperti yang ditandakan. Jangan jahit hingga ke hujung kekek, tinggalkan 1/2 inci. Tekniknya sama ketika menyambung pesak dan kekek. Kemudian jahit sebelah lagi lengan dengan menyambung ke pesak.

Selepas selesai menyambung kedua-dua lengan, sambungkan pula lengan tersebut. Lihat garisan merah jambu yang ditunjukkan pada gambar lengan. Tindihkan lengan depan dan belakang. Mula menjahit di hujung jahitan di mana anda berhenti ketika menyambung lengan dan pesak. Jahit hingga ke hujung lengan.


Langkah 3: Menyambung Badan Baju

PENTING: Sebelum menyambung badan baju, pastikan leher sudah di tebuk terlebih dahulu.

Tandakan bahagian tengah badan baju. Boleh lipat badan baju kepada dua bahagian dan gosok untuk menentukan bahagian tengah baju. Samakan bahagian lengan dan gosok juga untuk menentukan bahagian tengah lengan. Sambungkan kedua-duanya dengan mula menjahit dari bahagian tengah badan baju dengan bahagian tengah lengan. Ditunjukkan di dalam gambar poin berwarna merah di mana jahitan perlu dimulakan. Jahit hingga ke hujung bawah baju seperti garisan biru di dalam gambar. Jahit di kedua-kedua belah baju, juga dengan mula dari bahagian tengah lengan yang ditemukan dengan tengah baju hingga ke hujung.

Cara Menjahit Baju Kurung.





4 comments:

  1. Memang untung kalau pandai jahit baju kurung ni, bukan setakat boleh jimat duit sbb dapat jahit baju sendiri, dapat juga tambah pendapatan sebab dapat ambik upah jahit baju orang lain.

    Just nak share-share...ni kelas menjahit yang saya tau:
    ===>Kelas Menjahit Baju Kurung 1
    ===>Kelas Menjahit Baju Kurung 2

    Ni pulak panduan lengkap menjahit yang lagi murah daripada kelas menjahit:
    ===>Panduan Menjahit Baju Kurung

    Apapun, terpulang pada individu samada nak berjimat & jahit sendiri atau nak terus upah orang jahitkan :-))

    ReplyDelete
  2. nak tanya...
    jahit baju ni kain dia kena terbalikkan ke x?

    ReplyDelete
  3. ya...bila nak cantumkan kain...jahit dr dalam :-)

    ReplyDelete
  4. baguslah awak tulis entry ni :)

    ReplyDelete