Thursday

Resepi Kek Coklat Mudah dan Cepat

Ini dia resepi kek coklat yang mudah dan cepat disediakan.


Bahan-bahannya:

225g tepung gandum
25g serbuk koko
250g marjerin
250g gula kastor
sesudu kecil serbuk penaik
6 biji telur

Cara-caranya:

Pukul marjerin dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diputar. Putar hingga kembang.

Di dalam bekas lain, campurkan tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk koko dan dikacau sebati. Kemudian ayak campuran tersebut ke dalam adunan gula, marjerin dan telur yang telah dipukul. Kaup balikkan adunan tersebut perlahan-lahan (jangan guna pengadun, gunakan senduk). Kacau sekadar campuran sebati, jangan kacau kuat-kuat sebab boleh menyebabkan kek tak naik bila udara di dalam bancuhan keluar.

Masukkan dalam loyang pembakar dan bakar hingga masak. Kek coklat yang mudah dan cepat disediakan sudah sedia dimakan.

No comments:

Post a comment