Friday

Resepi Biskut Oat

Hari raya dah lama lepas tapi hari raya yang seterusnya lambat lagi..tp, tetap nak keluarkan gambar-gambar yang dah lama terperam dalam PC. Ini dia resepi biskut raya yang mudah dan cepat, resepi biskut oat.



Bahan-bahannya:

150g tepung gandum
50g tepung jagung
200g oat (100 gram dikisar halus)
200g marjerin
150g gula kastor
sesudu kecil emplex (tak ada pun tak apa)
sebiji kuning telur dan sedikit oat untuk hiasan (tak ada pun tak apa)

Cara-caranya:

Putar marjerin dan gula hingga kembang. Di dalam bekas lain, campur tepung gandum, tepung jagung dan emplex , kacau sebati kemudian ayak ke dalam campuran gula dan marjerin. Kemudian masukkan semua oat. Uli sebati. Canaikan adunan kemudian potong bentuk empat segi macam dalam gambar.

Adunan tidak sesuai di tekap dengan acuan kerana tepinya jadi tak cantik disebabkan oat kasar yang terkeluar di tepi.

Kemudian sapukan kuning telur di atasnya dan tabur sedikit kepingan oat. Lagi cantik kalau ditabur dengan coklat urai warna-warni. Kemudian bakar sehingga bahagian bawah biskut berwarna keperang-perangan. Dapatlah hasil biskut oat macam dalam gambar.

Selamat Mencuba.

1 comment:

  1. Berapa minit dan berapa suhu utk bakar kuih ini ?

    ReplyDelete