Tak Jumpa Apa Yang Dicari? Google Semula Di Sini:

Friday

Cara Menjahit Baju Kurung - Part 3

Belajar Cara Menjahit Baju Kurung : Cara Memotong Kain Menggunakan Pola.

Sebelum teruskan membaca, ambil sehelai baju kurung. Sambil membaca sambil belek-belek baju kurung tersebut. Insya Allah...akan senang faham.

Cara Memotong Badan Baju Kurung:

Mula-mula kita potong badan baju dulu. Lipat kain kepada empat bahagian seperti dalam Rajah 1. Letakkan pola di atas kain, pinkan kemas kemudian tanda kain mengikut ukuran pola menggunakan kapur. Kemudian buat satu lagi tanda 1/2 inci lebih dari ukuran pola. Boleh juga kalau nak tanda terus lebihkan 1/2 inci di bahagian tepi dan 1 inci di bahagian bawah. Kemudian, bolehlah mula memotong. Garisan hijau putus-putus menunjukkan di mana kain perlu dipotong. Garisan merah jambu menunjukkan bahagian lipatan kain.

Rajah 2 pula menunjukkan kain dilipat dua. Biasanya untuk kain yang berkaki, kain perlu dilipat dua untuk mendapatkan kaki di kedua-dua bahagian bawah kain. Lebihkan 1/2 inci di bahagian atas dan tepi, juga 1 inci di bahagian bawah sama seperti Rajah 1. Selepas dijahit tepi, bahagian atas kain perlu dijahit dengan menyambungkan kedua-dua bahagian. Hasilnya, kita akan dapat bentuk yang sama seperti potongan menggunakan Rajah 1.


Cara Memotong Pesak Baju kurung

Ok. Cuba belek baju kurung anda. Ada 4 keping pesak, kan? Kalau tak cukup 4 keping, bukan baju kurung la tu. Untuk memotong, letakkan pola di atas kain, pinkan kemas. Lebihkan 1/2 inci di bahagian atas dan tepi kain, juga 1 inci di bahagian bawah kemudian tandakan dengan kapur. Rujuk garisan hijau putus-putus di dalam gambar. Cuba belek baju kurung tu bagi lagi faham. Untuk memotong 4 keping pesak tersebut, pastikan dulu mana bahagian dalam dan luar kain. Anda akan dapat 2 pasang pesak untuk kiri dan kanan baju.


Cara Memotong Lengan Baju Kurung


Untuk memotong bahagian lengan, lipat kain kepada dua bahagian. Garisan merah di dalam gambar adalah bahagian lipatan kain. Pinkan kemas pola di atas kain, tanda dengan kapur kemudian potong. lebihkan 1/2 inci di bahagian tepi, di bahagian hujung lengan baju perlu lebihkan 1 inci. Potong dua keping lengan. Cuba belek lengan baju kurung anda. Insya Allah...akan faham.


Cara Memotong Kekek Baju Kurung

Kekek terletak di bahagian ketiak dan berbentuk empat segi tepat. Keempat-empat penjuru sama panjang. Untuk memotong kekek, ambil lebihan kain kemudian lipat dua, pinkan kemas pola pada kain, tandakan dengan kapur kemudian potong. Buat dua keping untuk kiri dan kanan.

Belajar Cara Menjahit Baju Kurung Tradisional.

Macam tak lengkap ajer dengan sekadar illustrasi...hehehee...ada rezeki dan kesempatan saya masukkan pula gambar real...insyaAllah.

2 comments:

  1. utk kekek..perlu lebihkan 1/2 inch juga ke kt tepi?

    ReplyDelete
  2. ye...perlu lebihkan 1/2 inci utk basi jahitan :-)

    ReplyDelete