Wednesday

Cara Mengasah Gunting Yang Tumpul

Petua Menajamkan Gunting

Rugi kan kalau gunting yang tumpul dibiarkan terperap di dalam almari? Nak dibuang sayang. Di sini saya tunjukkan cara mudah untuk menajamkan kembali gunting yang tumpul. Senang ajer, gunakan tangkai pemegang cawan kaca seperti di atas. Letak gunting seperti anda ingin memotong tangkai pemegang tersebut macam dalam gambar, kemudian buat seperti anda sedang memotong tangkai tersebut. Tangan kanan memegang gunting, tangan kiri memegang cawan supaya tidak bergerak. Kemudian, bolehlah mula memotong tangkai pemegang tersebut :-)) Pastikan semua bahagian dikenakan pada tangkai pemegang tersebut. Buat banyak kali. InsyaAllah...lama kelamaan gunting tersebut akan tajam.

Selamat Mencuba.



Boleh download PERCUMA panduan lengkap Cara Jahit Baju Kurung Tradisional di link ini (Untuk tempoh terhad): http://www.panduanbajukurung.com/DowloadEbookBajuKurungTradisionalSecaraPercuma.html

Dapatkan juga panduan lengkap Cara Menjahit Baju Kurung Moden, Kurung Riau/ Pahang, Pelbagai Jubah (A cut, moden, Peplum, Princess, Empire) dan Baju Melayu di link tersebut. 


>>>KELAS MENJAHIT / KURSUS JAHITAN DI KUALA LUMPUR<<<

No comments:

Post a Comment