Tuesday

Kelas Menjahit / Kursus Jahitan Di Kuala Lumpur KL

Kelas Menjahit / Kursus Jahitan Di Kuala Lumpur KL

Untuk Wanita Sahaja.

Lokasi: Pandan Indah, Ampang (+-10 minit berjalan kaki dari LRT Cempaka)

Jenis-Jenis Baju yang ditawarkan:
1) Baju Kurung Tradisional + Kain Susun Tepi
2) Baju Kurung Moden + Kain Kipas @ Kain Lipat Batik (pilih satu jenis kain)
3) Baju Kurung Riau/Pahang/Pesak Gantung + Kain Kipas @ Kain Lipat Batik (pilih satu jenis kain)
4) Jubah Moden
5) Jubah Empire Cut
6) Jubah A cut
7) Jubah Peplum

Satu jenis pattern baju sahaja diajar pada satu-satu masa. Pattern adalah mengikut kehendak pelajar pertama yang membuat tempahan untuk hari tersebut.

Ini bagi memastikan kelas lebih effisen dan fokus.

CONTOH: Jika orang pertama yang mendaftar untuk kelas pada hari Khamis 15hb September mendaftar untuk belajar menjahit Baju kurung Moden dan kain lipat batik, secara automatik tarikh 15hb tersebut adalah untuk kelas Baju Kurung Moden dan Kain Lipat Batik.

Kelas akan diadakan dengan tajuk tersebut walaupun hanya dengan 1 orang pelajar.

Alatan yang perlu dibawa oleh pelajar:
1) Kain cotton 4 meter (lebihkan jika perlu, mengikut saiz badan)
2) Gunting kain

Lain-lain peralatan disediakan.

Harga: RM100 untuk satu kelas.

Kelas diadakan pada setiap hari kecuali Jumaat.

Masa Kelas: 9pg - 5.30ptg* (Atau sehingga siap, samada lebih awal atau lebih lewat)

*Termasuk rehat, makan dan solat.

Yuran Pendaftaran:
RM50 untuk menghadiri kelas yang diadakan pada hari biasa. 
RM100 (bayaran penuh) untuk menghadiri kelas yang diadakan pada hari Sabtu, Ahad atau cuti umum.

Pelajar dikira telah mendaftar untuk kelas hanya selepas yuran pendaftaran diterima. Baki dibayar pada hari kelas.

Maybank: 156141328022 Salmawati Shamsudin
CIMB: 7602971835 Salmawati Shamsudin

P/S: Semua maklumat yang dinyatakan di atas adalah tidak tetap dan tertakluk kepada sebarang perubahan.

Untuk Keterangan Lanjut/ Tempahan Kelas (nyatakan nama, tarikh kelas yang dikehendaki dan jenis baju yang ingin dipelajari):

Hubungi: 013-2819152 (Salmawati)

No comments:

Post a Comment