Showing posts with label Mari Belajar Menjahit. Show all posts
Showing posts with label Mari Belajar Menjahit. Show all posts

Monday

Cara Jahit Kain Baju Kurung part 1 Cara mengukur dan melukis pola

Cara Jahit Kain Susun. Cara mengambil ukuran kain daripada kain contoh dan cara melukis pola.

Ada yang panggil kain susun tepi, ada yang panggil kain baju kurung kerana biasa dipadankan dengan baju kurung, dua-dua benda yang sama. Jom kita belajar cara menjahit kain susun a.k.a kain baju kurung ni.

Sebelum tu, ukur dulu. Saya bagi contoh cara mengukur kain baju kurung menggunakan kain contoh:

Ukuran yang perlu diambil adalah seperti berikut:

A = ukuran punggung
B = ukuran pinggang
C = labuh kain

Ukur betul-betul ukuran kain tu. Kalau ukur dan rasa ukuran keseluruhan tak sama, pandai-pandai la ambik ukuran yang dirasa paling hampir.


Anda boleh terus ambil ukuran dari kain contoh dan terus ukur di kain kerana kain baju kurung hanya berbentuk empat segi empat. Tapi, lebih baik kita belajar cara standard untuk membuat pakaian. Jadi kita akan sediakan pola kain susun terlebih dahulu.

Kain sudah di ukur, selepas ini kita akan melakar pola kain baju kurung.

Inilah cara melukis pola kain susun.

A = ukuran punggung yang diambil dari kain contoh
C = labuh kain yang diambil dari kain contoh
F = bahagian susun kain. Boleh ikut ukuran pada kain contoh ataupun ikut ukuran standard. Satu susun             lebarnya 3.5 - 4 inci. Standardnya 3.5 inci sahaja, tp ada juga pelanggan yang mintak buat bahagian tersebut lebih besar. Ye la, citarasa setiap orang kan berbeza-beza...

Kemudian lukis pola pada kertas minyak. Kalau tak ada, guna kertas surat khabar yang disambung-sambung. Lukis pola seperti di atas.

Lepas ni kita potong kain.


Boleh download PERCUMA panduan lengkap Cara Jahit Baju Kurung Tradisional di link ini (Untuk tempoh terhad sahaja): http://www.panduanbajukurung.com/DowloadEbookBajuKurungTradisionalSecaraPercuma.html

Dapatkan juga panduan lengkap Cara Menjahit Baju Kurung Moden, Kurung Riau/ Pahang, Pelbagai Jubah (A cut, moden, Peplum, Princess, Empire) dan Baju Melayu di link tersebut. 

>>>Kelas Menjahit / Kursus Jahitan di Kuala Lumpur KL<<<

Thursday

Cara Menjahit Baju Kurung - Part 4

Cara Menjahit Baju Kurung Tradisional - Part 4: Cara Menjahit Kain Yang Sudah Dipotong

Langkah 1: Menyambung kekek dan pesak


 Ok. Rujuk garisan merah pada bahagian A dan B. Sambung pesak dan kekek dengan menjahit pada bahagian tersebut. Mula dari hujung pesak. Jangan jahit kekek sehingga ke hujung, tinggalkan 1/2 inci. Poin kuning yang ditandakan pada kekek menunjukkan di mana anda perlu matikan jahitan.

Kemudian sambung kekek yang sudah disambung dengan pesak dengan sebelah lagi pesak. Sambung pesak dan kekek dengan menjahit di bahagian bertanda biru. Temukan dengan poin kuning di antara jahitan merah dan biru yang ditandakan di B. Cuba belek baju kurung anda untuk lebih faham.


Langkah 2: Menyambung Lengan

Lengan perlu disambung dengan pesak dan kekek yang sudah dijahit terlebih dahulu. Lihat garisan hijau di dalam gambar. Mulakan jahitan dari hujung dengan menyambungkan lengan dan pesak. Jahit hingga ke poin kuning seperti yang ditandakan. Jangan jahit hingga ke hujung kekek, tinggalkan 1/2 inci. Tekniknya sama ketika menyambung pesak dan kekek. Kemudian jahit sebelah lagi lengan dengan menyambung ke pesak.

Selepas selesai menyambung kedua-dua lengan, sambungkan pula lengan tersebut. Lihat garisan merah jambu yang ditunjukkan pada gambar lengan. Tindihkan lengan depan dan belakang. Mula menjahit di hujung jahitan di mana anda berhenti ketika menyambung lengan dan pesak. Jahit hingga ke hujung lengan.


Langkah 3: Menyambung Badan Baju

PENTING: Sebelum menyambung badan baju, pastikan leher sudah di tebuk terlebih dahulu.

Tandakan bahagian tengah badan baju. Boleh lipat badan baju kepada dua bahagian dan gosok untuk menentukan bahagian tengah baju. Samakan bahagian lengan dan gosok juga untuk menentukan bahagian tengah lengan. Sambungkan kedua-duanya dengan mula menjahit dari bahagian tengah badan baju dengan bahagian tengah lengan. Ditunjukkan di dalam gambar poin berwarna merah di mana jahitan perlu dimulakan. Jahit hingga ke hujung bawah baju seperti garisan biru di dalam gambar. Jahit di kedua-kedua belah baju, juga dengan mula dari bahagian tengah lengan yang ditemukan dengan tengah baju hingga ke hujung.

Cara Menjahit Baju Kurung.


Boleh download PERCUMA panduan lengkap Cara Jahit Baju Kurung Tradisional di link ini (Untuk tempoh terhad): http://www.panduanbajukurung.com/DowloadEbookBajuKurungTradisionalSecaraPercuma.html

Dapatkan juga panduan lengkap Cara Menjahit Baju Kurung Moden, Kurung Riau/ Pahang, Pelbagai Jubah (A cut, moden, Peplum, Princess, Empire) dan Baju Melayu di link tersebut. 


Kelas Menjahit/ Kursus Jahitan di Kuala Lumpur KL

Tuesday

Cara Menjahit Lubang Leher Baju Kurung - Leher Teluk Belanga

Belajar Cara Menjahit Lubang Leher Teluk Belanga.

Langkah 1: Melukis Pola Leher

Rajah 1
Ambil sekeping kertas A4 dan lipat kepada dua bahagian dan bolehlah melukis pola leher bulan. Garisan biru di bahagian bawah di dalam gambar di atas adalah bahagian lipatan kertas.

Ukuran:

A-B = belakang leher = 2.5cm (semua saiz leher menggunakan formula ini)
C-D = hadapan leher = 1.5cm (semua saiz leher menggunakan formula ini)
B-C = Saiz leher dibahagi 6. Contoh: keliling leher yang dikehendaki adalah 48. Jadi B-C = 48/6 = 8cm
D-E = B-C = 8cm

Inilah hasilnya:


Kemudian gunting bahagian tepi pola di bahagian berwarna ungu seperti dalam Rajah 1. Akan dapat macam ni:


Buka lipatan kertas dan inilah hasilnya:


Sambung garisan di sebelah kanan ke sebelah kiri dan buat garisan menegak di tengah-tengah seperti di dalam gambar di bawah. Kemudian tampal di atas kertas keras atau kad manila. Gunting bagi cantik dan sama. Jadi, di lain kali, bolehlah menggunakan pola yang sama untuk saiz leher yang sama. Tak perlu lukis pola banyak kali.


Gunting kain gam dan lebihan kain. Perlu lebihkan di bahagian tepi dalam 1.5 inci, jadi potong besar macam gambar di bawah.

Kain gam boleh dibeli di kedai alatan menjahit. Harganya biasa RM1.50 untuk semeter.

Temukan bahagian kain gam yang berkilat dengan bahagian luar kain, kemudian gosok. Kain gam dan kain akan melekat. Ini gambar kain gam dan kain yang sudah dipotong dan digosok:


Ambil pola dan letak di atas kain, macam dalam gambar di bawah. Kemudian lukis dengan pen ikut bulatan pola tersebut.

Buat garisan lurus di bahagian kanan, kiri, atas dan bawah yang selari dengan garisan yang ada pada pola. Macam dalam gambar dibawah.

Kemudian buat garisan labuh leher di bahagian bawah, kebiasaannya 10 inci. Lepas tu buat garisan di kedua-dua belah garisan labuh leher dan dihujungnya lukis bentuk 'V' macam dalam gambar di bawah. Klik gambar untuk lebih jelas ataupun 'save' gambar ni dalam komputer, lepas tu bolehlah besarkan atau kecilkan sesuka hati :-)):


Lipat kain yang sudah siap dilukis kepada dua bahagian dan pinkan, kemudian gunting ikut bentuk yang dilukis dengan melebihkan 1.5 inci di sekeliling. Ini gambar kain yang sudah digunting di sekelilingnya:



Buka lipatan kain dan inilah hasilnya:



Boleh download PERCUMA panduan lengkap Cara Jahit Baju Kurung Tradisional di link ini (Untuk tempoh terhad sahaja): http://www.panduanbajukurung.com/DowloadEbookBajuKurungTradisionalSecaraPercuma.html

Dapatkan juga panduan lengkap Cara Menjahit Baju Kurung Moden, Kurung Riau/ Pahang, Pelbagai Jubah (A cut, moden, Peplum, Princess, Empire) dan Baju Melayu di link tersebut. 

===>Kelas Menjahit/ Kursus Jahitan di Kuala Lumpur<===

Friday

Cara Menjahit Baju Kurung - Part 3

Belajar Cara Menjahit Baju Kurung : Cara Memotong Kain Menggunakan Pola.

Sebelum teruskan membaca, ambil sehelai baju kurung. Sambil membaca sambil belek-belek baju kurung tersebut. Insya Allah...akan senang faham.

Cara Memotong Badan Baju Kurung:

Mula-mula kita potong badan baju dulu. Lipat kain kepada empat bahagian seperti dalam Rajah 1. Letakkan pola di atas kain, pinkan kemas kemudian tanda kain mengikut ukuran pola menggunakan kapur. Kemudian buat satu lagi tanda 1/2 inci lebih dari ukuran pola. Boleh juga kalau nak tanda terus lebihkan 1/2 inci di bahagian tepi dan 1 inci di bahagian bawah. Kemudian, bolehlah mula memotong. Garisan hijau putus-putus menunjukkan di mana kain perlu dipotong. Garisan merah jambu menunjukkan bahagian lipatan kain.

Rajah 2 pula menunjukkan kain dilipat dua. Biasanya untuk kain yang berkaki, kain perlu dilipat dua untuk mendapatkan kaki di kedua-dua bahagian bawah kain. Lebihkan 1/2 inci di bahagian atas dan tepi, juga 1 inci di bahagian bawah sama seperti Rajah 1. Selepas dijahit tepi, bahagian atas kain perlu dijahit dengan menyambungkan kedua-dua bahagian. Hasilnya, kita akan dapat bentuk yang sama seperti potongan menggunakan Rajah 1.


Cara Memotong Pesak Baju kurung

Ok. Cuba belek baju kurung anda. Ada 4 keping pesak, kan? Kalau tak cukup 4 keping, bukan baju kurung la tu. Untuk memotong, letakkan pola di atas kain, pinkan kemas. Lebihkan 1/2 inci di bahagian atas dan tepi kain, juga 1 inci di bahagian bawah kemudian tandakan dengan kapur. Rujuk garisan hijau putus-putus di dalam gambar. Cuba belek baju kurung tu bagi lagi faham. Untuk memotong 4 keping pesak tersebut, pastikan dulu mana bahagian dalam dan luar kain. Anda akan dapat 2 pasang pesak untuk kiri dan kanan baju.


Cara Memotong Lengan Baju Kurung


Untuk memotong bahagian lengan, lipat kain kepada dua bahagian. Garisan merah di dalam gambar adalah bahagian lipatan kain. Pinkan kemas pola di atas kain, tanda dengan kapur kemudian potong. lebihkan 1/2 inci di bahagian tepi, di bahagian hujung lengan baju perlu lebihkan 1 inci. Potong dua keping lengan. Cuba belek lengan baju kurung anda. Insya Allah...akan faham.


Cara Memotong Kekek Baju Kurung

Kekek terletak di bahagian ketiak dan berbentuk empat segi tepat. Keempat-empat penjuru sama panjang. Untuk memotong kekek, ambil lebihan kain kemudian lipat dua, pinkan kemas pola pada kain, tandakan dengan kapur kemudian potong. Buat dua keping untuk kiri dan kanan.

Belajar Cara Menjahit Baju Kurung Tradisional.

Macam tak lengkap ajer dengan sekadar illustrasi...hehehee...ada rezeki dan kesempatan saya masukkan pula gambar real...insyaAllah.



Boleh download PERCUMA panduan lengkap Cara Jahit Baju Kurung Tradisional di link ini (Untuk tempoh terhad): http://www.panduanbajukurung.com/DowloadEbookBajuKurungTradisionalSecaraPercuma.html

Dapatkan juga panduan lengkap Cara Menjahit Baju Kurung Moden, Kurung Riau/ Pahang, Pelbagai Jubah (A cut, moden, Peplum, Princess, Empire) dan Baju Melayu di link tersebut. 



>>>Kelas Menjahit KL<<<

Monday

Cara Menjahit Baju Kurung - Part 1

Cara menjahit baju kurung - Part 1: Cara mengambil ukuran menggunakan baju contoh


Cara Mengambil Ukuran Baju kurung Menggunakan Baju Contoh

Ambil sehelai baju kurung yang ukurannya paling padan dengan anda. Kemudian anda bolehlah mengambil ukuran baju kurung tersebut. Ditunjukkan di dalam gambar di atas poin-poin berwarna merah jambu di mana ukuran perlu diambil:

A-B = Lebar bahu, ukur lurus di bawah lubang leher
D-J = Labuh baju
C-D = Labuh lengan
D-E = Lebar lengan
G-F = Lebar kekek
F-E = Lebar pesak atas
H-J = Lebar pesak bawah

Tambah lagi dua: Ukur juga bulatan keliling leher baju dan labuh leher baju.

P/S: Ini cara saya menjahit baju kurung, kepada sesiapa yang ada cara lebih baik, silalah kongsikan.


Boleh download PERCUMA panduan lengkap Cara Jahit Baju Kurung Tradisional di link ini (Untuk tempoh terhad sahaja): http://www.panduanbajukurung.com/DowloadEbookBajuKurungTradisionalSecaraPercuma.html

Dapatkan juga panduan lengkap Cara Menjahit Baju Kurung Moden, Kurung Riau/ Pahang, Pelbagai Jubah (A cut, moden, Peplum, Princess, Empire) dan Baju Melayu di link tersebut. 


>>>Kelas Jahitan/ Kursus Menjahit Di Kuala Lumpur<<<

Friday

Cara Menjahit Baju Kurung - Part 2

Belajar Cara menjahit baju kurung: Part 2: Cara Melukis Pola Baju Kurung




A = Lebar baju dibahagi dua dan ukuran labuhnya sama tanpa dibahagia.
B = Ukuran pesak atas dan bawah sama dengan ukuran yang diambil. Buat satu garis lurus antara pesak atas dan bawah selepas menanda dua ukuran tersebut.
C = Ukuran pangkal dan hujung lengan. Buat satu garis lurus antara pangkal dan hujung lengan selepas menanda dua ukuran tersebut. Kebiasaannya beza antara hujung dan pangkal lengan adalah 1 inci.
D = Ukuran kekek. Segi tiga sama.

Garisan merah jambu bermaksud kain perlu dilipat di bahagian tersebut.

Kertas minyak atau surat khabar lama boleh digunakan untuk merajah pola.


Boleh download PERCUMA panduan lengkap Cara Jahit Baju Kurung Tradisional di link ini (Untuk tempoh terhad sahaja): http://www.panduanbajukurung.com/DowloadEbookBajuKurungTradisionalSecaraPercuma.html

Dapatkan juga panduan lengkap Cara Menjahit Baju Kurung Moden, Kurung Riau/ Pahang, Pelbagai Jubah (A cut, moden, Peplum, Princess, Empire) dan Baju Melayu di link tersebut. 

===>>Kelas Menjahit / Kursus Jahitan Di Kuala Lumpur<<==