Tak Jumpa Apa Yang Dicari? Google Semula Di Sini:

Tuesday

Belajar Cara Menjahit Baju Kurung Riau dan Pahang Berserta Kain Lipat Batik

Belajar Cara Menjahit Baju Kurung Riau dan Pahang Berserta Kain Lipat Batik

Alhamdulillah...Ebook ketiga bertajuk Cara Jahit Baju Kurung Riau dan Pahang Berserta Kain Lipat Batik sudah disiapkan. Ebook ini telah mula dijual pada hari Khamis bersamaan 21hb Jun 2012. Ini menjadikan 3 buah Ebook boleh didapati di panduanbajukurung.com.

Sama seperti ebook Jahit Baju Kurung Tradisional dan ebook Jahit Baju Kurung Moden, ebook Jahit Baju Kurung Riau dan Pahang ini menunjukkan cara menjahit baju kurung riau dan pahang berserta kain lipat batik dengan panduan langkah demi langkah yang dilengkapi dengan illustrasi, gambar sebenar dan teks keterangan. Ia menunjukkan cara menjahit baju kurung Riau dan Pahang dari asas sehinggalah selesai menjahit sehelai baju.





3 produk yang boleh didapati di panduanbajukurung.com:
1) Jahit Baju Kurung Tradisional + Kain Susun Tepi
2) Jahit Baju Kurung Moden + Kain Kipas Belakang
3) Jahit Baju Kurung Riau & Pahang + Kain Lipat Batik

Baju kurung riau juga dipanggil baju kurung pesak gantung. Di dalam ebook ini, anda akan mempelajari cara menjahit kedua-dua jenis baju iaitu baju kurung riau dan juga baju kurung pahang. Baju kurung riau dan pahang berbeza dari segi bentuk bukaan pesak. Baju kurung riau mempunyai dua keping pesak di bahagian bawah baju, manakala baju kurung Pahang mempunyai satu keping pesak di bahagian bawah baju. Cara memotong pesak baju kurung pahang dan cara menjahit bahagian tersebut sedikit berbeza. Pada permulaan, ebook ini menunjukkan cara menjahit baju kurung riau. Selepas itu disertakan file cara memotong dan menyambung pesak baju kurung pahang.

Ebook ini menunjukkan cara menjahit baju kurung riau dan pahang berserta kain lipat batik dengan illustrasi, teks keterangan dan gambar sebenar. Jadi, ebook ini sesuai dimiliki oleh sesiapa saja walaupun anda tiada asas dalam menjahit. Isi kandungannya adalah:

Bahagian Baju Kurung Riau dan Pahang:
1) Teknik mengambil ukuran
2) Teknik melukis pola
3) Teknik memotong kain
4) Teknik menjahit kain yang telah dipotong
Dan Lain-lain.

Bahagian Kain Lipat Batik:
1) Teknik mengambil ukuran
2) Teknik memotong kain
3) Teknik menjahit zip
4) Teknik menjahit pinggang kain
Dan Lain-Lain.

Ada pemakai yang kurang menggemari bentuk baju kurung riau dan pahang yang kembang di bahagian bawah, jadi di dalam ebook ini saya tunjukkan cara mengecilkan kembang di bahagian bawah baju. Anda tidak boleh terus mengecilkan ukuran bahagian bawah baju. Silap-silap, baju tak muat di bahagian punggung. Ada tips mudah untuk mengecilkan bahagian ini dan memastikan baju muat dipakai. Pelajarinya di dalam Ebook jahit baju kurung riau dan pahang berserta kain lipat batik ini

Seterusnya, anda akan mempelajari cara menjahit kain lipat batik. Kain lipat batik ni nampak senang untuk membuatnya, tapi kalau tak tahu teknik yang betul anda pasti tidak akan dapat menghasilkan kain lipat batik yang sama dan selari. Anda akan mempelajari teknik yang betul terutamanya cara menghasilkan bahagian lipatan batik yang sama dan selari.

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai isi kandungan ebook ini, sila layari ===> http://www.panduanbajukurung.com/

Untuk terus membuat pembelian, sila klik link ini:
===> http://www.panduanbajukurung.com/order.htm. Semua detail berkaitan proses pembelian ada di situ.

Terima Kasih dan Selamat Maju Jaya!



Salam Mesra,
Salmawati Shamsudin
panduanbajukurung.com
facebook.com/PanduanBajuKurung

panduanbajukurung.com, segalanya berkaitan CARA JAHIT ===> baju kurung, baju kurung riau, baju kurung pesak gantung, baju kurung pahang, baju kurung moden, kain lipat batik, kain susun tepi, kain kipas belakang, kain selisih depan

No comments:

Post a Comment